BALIK PULAU: Polis menahan seorang penagih dadah yang dipercayai mencuri barang kemas bernilai RM100,000 dari rumah bapa saudaranya di Jalan Sungai Ara, Bayan Lepas pada Isnin lalu.
Polis menemui 27 keping resit pajak gadai dari penganggur berumur 37 tahun tersebut di kawasan Flat Taman Bendera, Relau.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Fah Hin berkata, pengadu iaitu seorang pemilik restoran mengesyaki kecurian barang kemas di rumahnya itu mempunyai kaitan dengan anak saudaranya yang selepas kes kehilangan barang kemas tersebut tidak lagi pulang ke rumah yang ditumpangnya itu./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan