Rabu, 19 Januari 2011

Jemaah terkejut melihat seorang lelaki terbaring kaku

AMPANG: Seorang jemaah masjid terkejut apabila melihat seorang lelaki terbaring kaku dalam sebuah surau di Kemensah Height, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa dipercayai seorang lelaki warga Indonesia berusia 20-an ditemui berlumuran darah di kepala dalam surau berkenaan. Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, jemaah masjid itu kemudian terus membawa mangsa ke Hospital Ampang Puteri sebelum dimaklumkan mangsa meninggal dunia dalam perjalanan.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa parah di kepala dipercayai dipukul dengan objek keras, namun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif pembunuhan itu,” katanya di sini, semalam./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan