KUALA TERENGGANU: Balasan anak derhaka! Seorang pemuda dijatuhi hukuman denda RM6,000 atau lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya sendiri di Kampung Bukit Tok Beng, Seberang Takir, Januari lalu.
Tertuduh, Ahmad Faisal Mokhtar, 28, mengaku bersalah di atas pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) kerana mengugut ibunya, Sharifah Alawiah Engku Ambak, 63, dengan sebilah pisau kerana tidak tahan mendengar bebelan ibunya semasa menonton televisyen di ruang tamu rumah itu kira-kira jam 3 pagi, 15 Januari lalu.
Pertuduhan dijalankan di hadapan Majistret, Nor Azizah Yusof oleh Timbalan Pendakwaraya, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming dan tertuduh yang memakai baju lokap ungu tidak diwakili mana-mana peguam bela.
Ahmad Faisal berasal dari Kampung Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu dituduh bertindak menggugut ibunya dengan sebilah pisau disebabkan bengang dengan leteran yang tidak henti-henti ibunya ketika menonton televisyen di ruang tamu.
Ibunya yang ketakutan dengan tindakan anaknya itu berlari masuk ke dalam bilik tidurnya dan bimbang keselamatannya terancam, ibu malang itu membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak, pada hari sama.
Pada 17 Januari, kira-kira jam 6.10 petang, Ahmad Faisal ditangkap di rumahnya dan polis merampas sebilah pisau berhulu hitam di bahagian ruang dapur rumah itu. Hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati tertuduh positif dadah jenis methamphetamine./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan