KUALA LUMPUR: Akibat menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang pegawai polis, seorang ibu tunggal warga India didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan yang dilakukannya itu pada November tahun lalu.
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhi hukuman itu terhadap N Vasathi, 34, selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil. Tertuduh turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda seperti yang diperintahkan mahkamah. Mengikut pertuduhan, wanita dua anak itu didakwa menawarkan khidmat seks bernilai RM40 kepada Aran Eh Chin di hadapan pasar raya Mydin, Jalan Masjid India, dekat sini, jam 2.10 petang, pada 30 November lalu. Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Dr Ghanti Nathan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, dalam rayuan mengurangkan hukuman, tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia menyara dua anak berikutan suaminya sudah mati./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan