Isnin, 17 Januari 2011

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam sungai

AZIZI MAJID
JOHOR BAHRU, 16 Jan
: Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam plastik dan terapung di sungai berhampiran Kampung Sungai Bakar Batu, Taman Perling, di sini hari ini.

Mayat bayi malang itu ditemui dua kanak-kanak Orang Asli yang ketika itu sedang mandi di sungai tersebut kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Bayi yang masih bertali pusat itu dibungkus dalam plastik sebelum dipercayai dihanyutkan ke dalam sungai berkenaan./Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan