ALOR GAJAH: Baru enam hari bekerja di sini, seorang pekerja syarikat pembinaan menemui ajal setelah ditikam tiga lelaki yang tidak dikenali di sebuah restoran di Taman Perindustrian Kelemak di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa, V. Parassu, 38, maut selepas mengalami cedera parah akibat ditikam bertubi-tubi di pipi kanan oleh tiga lelaki tidak dikenali ketika sedang makan tengah hari di restoran tersebut.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kejadian bermula apabila salah seorang suspek tiba-tiba meluru ke arah mangsa lalu terus menikam pipi kanannya dengan menggunakan sebilah pisau.
"Selepas ditikam, mangsa cuba menyelamatkan diri untuk meminta bantuan dengan berlari ke sebuah kedai gunting rambut kira-kira 200 meter dari restoran tersebut.
"Bagaimanapun belum sempat mangsa diselamatkan, dia rebah lalu meninggal dunia akibat kecederaan parah," katanya ketika ditemui pemberita semalam./kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan