Rabu, 12 Januari 2011

Lelaki ditahan ketika pecah masuk kediaman mewah

SERDANG: Seorang lelaki yang memiliki tiga rekod jenayah ditahan ketika memecah masuk sebuah kediaman mewah di Seri Kembangan, di sini selepas gerak-gerinya diperhatikan anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari Jumaat lalu itu, sebuah kereta peronda polis melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan perumahan berkenaan kerana dimaklumkan ramai penghuninya keluar bekerja.

Anggota berkenaan kemudian ternampak kelibat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah rumah di situ sebelum menahannya./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan