BALING: Tragedi diragut empat tahun lalu meninggalkan kesan mendalam kepada Norhaslinda Lahmin, 20, dari Kampung Sera Bawah apabila cita-citanya untuk menjadi pendidik terpaksa dilupakan, kerana kaki kanannya lumpuh akibat kejadian itu.
Norhaslinda berkata, dia teringin untuk mengikuti kursus jahitan dan sulaman, bagi membolehkan dia berdikari walaupun terpaksa bertongkat demi masa depan.
“Saya teringin merebut peluang kursus yang sesuai dengan keupayaan diri agar membolehkan saya berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada keluarga.
“Hasrat menjadi pendidik terpaksa dilupakan, namun apabila mengikuti sebarang kursus bersesuaian, saya dapat mengisi masa lapang dengan kerja yang berfaedah walaupun saya masih menjalani rawatan susulan,” katanya.
Norhaslinda berkata, ketika kemalangan itu, dia baru mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Baling dan terpaksa meneruskan peperiksaan itu dalam keadaan yang sakit, bagi membolehkan dia memperoleh sijil,
Menurutnya, bagaimanapun keputusan peperiksaan yang diperoleh tidak mampu membantunya mengejar cita-cita sebagai pendidik.
Sementara itu, bapanya, Lahmin Che Din berkata, sejak kejadian itu, anaknya tidak lagi mampu bergerak aktif seperti dulu dan hanya mampu duduk sepanjang masa sambil ditemani ahli keluarga sahaja.
Norhaslinda menjadi mangsa ragut empat tahun lalu ketika menunggang motosikal bersama adiknya untuk menghadiri kenduri saudara di Bongor, kira-kira 10 kilometer dari rumah mereka.
Lahmin berkata, dia dimaklumkan ketika sampai di Jalan Weng, motosikal yang ditunggang dua anaknya itu dihimpit motosikal lain danterus meragut beg dalam raga motosikal anaknya.
“Anak saya ini tidak dapat mengawal motosikal, lalu terbabas ke seberang jalan, sebelum dilanggar kereta dari arah sama hingga menyebabkan kaki kanannya patah.
“Selain itu, anak saya ini juga mengalami kecederaan di leher menyebabkan selama 18 bulan dia terpaksa bergantung pada saluran tiub untuk bernafas,” katanya kepada Sinar Harian.
Manakala adiknya, Nurul Faizah, 17, yang membonceng di belakang hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Lahmin berkata, anaknya juga sedang menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), bagi merawat kaki dan kerongkongnya selain menjalani rawatan susulan setiap bulan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
Menurutnya, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima anaknya selama empat bulan juga sudah diberhentikan pembayaran.
“Anak saya masih memerlukan rawatan susulan yang memerlukan kos yang tinggi dan apabila pembayaran tidak diterima, ia menyusahkan lagi kami sekeluarga.
“Saya berharap JKM dapat memberi bantuan ini semula, bagi membolehkan Norhaslinda menggunakan wang bantuan berkenaan untuk kos rawatan susulan setiap bulan,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan