KUALA LUMPUR – Lemas dengan belaian dan layanan yang diberikan oleh pengkid menyebabkan seorang remaja perempuan ‘lupa’ kepada keluarganya hingga dia enggan kembali semula ke pangkuan mereka sejak menghilangkan diri dua bulan lalu.
Bagaimanapun, kedegilan Yusnashuha Yusoh, 13, untuk pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kolam Abu, Machang, Kelantan berakhir apabila dia ditemui pukul 1 pagi semalam di sebuah rumah di tingkat 14 Kondominium Vista Saujana, Kepong, di sini, milik seorang pengkid bernama Mail (bukan nama sebenar).
Ketika ditemui oleh kakaknya, Yusrina Yusoh, 33, anak bongsu daripada 10 beradik itu dikatakan sedang beristirehat kerana baru sahaja pulang daripada rumah rakannya di Pandan Indah, Ampang. Ketika itu Mail, 20-an, turut berada di rumah tersebut./kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan