Sabtu, 15 Januari 2011

Padah tumpang tidur

MASJID TANAH: Tindakan seorang wanita mempelawa ‘bakal suaminya’ bermalam di rumah akhirnya membawa padah apabila kedua-duanya dicekup, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam di Flat Taman Bidara Permai, di sini, wanita berstatus janda berusia 28 tahun itu mendakwa menjemput lelaki berkenaan di stesen bas berdekatan.

Lelaki yang merupakan seorang duda berusia 37 tahun itu dikatakan tinggal di Kuala Linggi, dekat sini dan mahu menumpang berehat di rumah wanita terbabit sebelum bertolak ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Bagaimanapun, gerak-geri kedua-duanya menimbulkan syak di kalangan penduduk sekitar kerana lelaki terbabit dikatakan sudah kerap kali pergi ke rumah berkenaan menyebabkan penduduk bersama pihak berkuasa membuat serbuan.

Turut ditahan, seorang lagi wanita di dalam rumah itu yang mendakwa sepupu kepada wanita terbabit./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan