DESA SATU: Dua remaja yang leka memunggah barangan curi mereka untuk dijual ditangkap penduduk dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi di Apartmen Desa Satu, dekat sini kelmarin.
Seorang penduduk yang ditemui, Justin Musa, 41, berkata, dua remaja itu ditangkap setelah didapati membawa tiga gelungan wayar telefon dan elektrik milik beberapa blok kediaman di sini.
“Kami syak mereka hendak jual barangan yang dicuri mereka kerana wayar ini sudah digulung kemas di dalam plastik lutsinar,” katanya
Bagaimanapun, katanya, kedua-dua remaja itu mengaku bahawa gelungan wayar itu kepunyaan bapa mereka.
“Salah seorang daripada mereka pernah ditangkap kerana mencuri motosikal sebelum ini namun dibebaskan setelah ditahan polis,” katanya.
Menurutnya, September tahun lalu, penduduk di blok 6 terputus bekalan air selama tiga hari apabila pam tangki tidak berfungsi gara-gara wayar tangki dikebas.
“Keadaan cukup sulit ketika itu kerana bekalan air terputus malah ada juga unit kediaman yang tidak dapat menggunakan talian telefon kerana kabelnya turut dikebas,” katanya.
Justin berkata, meskipun pihak pengurusan bangunan mengambil langkah keselamatan dengan memasang pintu pagar pada bilik elektrik itu tidak bermakna kejadian curi wayar dapat dibendung .
“Mereka licik mengelakkan kerja mereka dikesan penduduk, aktiviti mencuri hanya dilakukan pada waktu malam,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan