Rabu, 26 Januari 2011

Polis cari Mohd Nor

KUALA TERENGGANU: Polis kini mencari seorang lelaki dikenal sebagai Zulkifli Wahab @ Mohd Nor, 28, beralamat di Pasir Gajah, Jalan Air Putih, Kemaman bagi membantu siasatan pembunuhan seorang remaja, 18, di Air Putih, Kemaman pada 14 Jun tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner (ACP) II, Datuk Hamzah Md Jamil berkata, lelaki itu dicari berikutan penahanan tiga suspek sebelum ini yang mana salah seorang daripada mereka sudah dituduh pada 21 Jun tahun lalu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum sampai mati.

Dalam kejadian 14 Jun tahun lalu sekitar jam 8 malam, mangsa dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam hingga mati di rusuk kanan di sebuah pondok dalam kawasan kebun di Air Putih, Kemaman.

Sementara itu, menurut Hamzah, polis menahan lapan lelaki berusia 17 dan 26 tahun kerana disyaki terbabit dalam sindiket curi motosikal membabitkan 10 kes sejak enam bulan belakangan ini./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan