Rabu, 1 Disember 2010

Terima balasan bunuh kekasih

SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI 
SEREMBAN: Dengan wajah sugul seorang pengorek pasir terpaksa menerima hakikat dia akan mengakhiri riwayat hidupnya di tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam mendapati dia bersalah merompak dan membunuh kekasihnya menggunakan kapak di Mambau dekat sini dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap N. Balamurugan, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Balamurugan yang berbaju gelap dan berseluar jeans kelihatan sugul ketika keputusan dibacakan oleh Ahmad Nasfy.

Mengikut pertuduhan, Balamurugan didakwa berniat membunuh K. Gantimadi, 45, selepas merompak mangsa di sebuah rumah di Taman Kelab Tuanku, Mambau pada pukul 12.40 tengah malam pada 16 Ogos 2008./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan