AMPANG: Geram kerana isteri membebel ketika dia menjawab telefon teman wanitanya, seorang lelaki tergamak menendang dan menumbuk muka isterinya itu ketika berada di rumah mereka di sebuah flat di Pandan Perdana, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, wanita berusia 30-an mengalami pendarahan di hidung selain matanya lebam kerana dibelasah suaminya.
Menurut sumber polis, suami mangsa ketika itu pulang ke rumah untuk melihat anak perempuan mereka yang berusia dua tahun kerana demam panas.
“Ketika itulah teman wanita lelaki itu menghubunginya membuatkan mangsa berang dan mula berleter.
“Sebaik mematikan talian telefon, pasangan terbabit mula bertengkar,” katanya.
Menurutnya, si suami yang dikatakan panas baran terus menendang dan menumbuk mangsa.
Katanya, mangsa membuat laporan polis sebelum mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaannya./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan