JAKARTA: Seorang wanita berusia 28 tahun yang mengaku pernah menjadi amah di Malaysia dan Singapura ditangkap kerana membawa sebahagian dadah syabu yang disembunyikan di dalam kemaluan dan colinya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dia membawa syabu seberat 643 gram dan ditangkap di sebuah hotel di sini selepas pegawai-pegawai pihak berkuasa Lapangan Terbang Sukarno-Hatta mencurigai gelagatnya yang tiba dari Malaysia pada Jumaat lalu.
Selepas disoal siasat, wanita itu mengaku diberi upah sebanyak RM2,500 untuk membawa dadah tersebut ke Indonesia.
Menurutnya, dia ditawar pekerjaan untuk membawa dadah tersebut oleh seorang rakannya yang pernah menjadi amah di Malaysia.
Wanita itu berkata, rakannya itu memberitahu, dia perlu menemui seorang lelaki di Malaysia.
Setibanya di Malaysia, dia diminta kembali ke Jakarta dengan membawa syabu itu
Lelaki itu mengajar wanita tersebut cara untuk menyembunyikan dadah tersebut./Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan