Rabu, 29 Disember 2010

Lelaki maut ditetak empat lelaki

KLANG: Beberapa orang saksi hanya mampu melihat seorang lelaki maut ditikam berhampiran sebuah Restoran Mamak di Persiaran Raja Muda Musa, Pandamaran, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi, mangsa, Wan Zakaria Wan Hamat, 36, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, tangan, belakang badan dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam.

Sebelum kejadian. beberapa saksi yang sedang menjamu selera di restoran berkenaan melihat mangsa yang menunggang motosikal dikejar sebuah kereta dinaiki empat lelaki sebelum motosikal mangsa dihimpit dan terkena kiri sebuah bas yang sedang berhenti di situ.

Mangsa yang ketika itu tidak cedera kemudian cuba melarikan diri ke arah restoran itu, bagaimanapun dikejar salah seorang suspek.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asis-ten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata, mangsa gagal melarikan diri sebelum ditikam dan maut di tempat kejadian.

“Suspek kemudian melarikan diri menggunakan kereta Proton Wira bewarna merah dan motosikal mangsa ditemui tidak jauh dari tempat kejadian.

“Senjata yang digunakan dalam kejadian ini tidak ditemui dan usaha mengesan kesemua suspek terbabit sedang giat dilakukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohamad berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Difahamkam mangsa yang tinggal di Pelabuhan Klang itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan