GEORGE TOWN: Seorang bayi lelaki berusia sebulan yang ditemui dalam satu kotak yang ditinggalkan di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Pinang di sini pada 13 lepas kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"JKM berharap ibu bapa atau waris bayi berkenaan dapat tampil menuntut bayi terbabit sebelum bayi ini dibawa ke mahkamah untuk mndapatkan perintah tetap," kata jurucakap jabatan itu di sini, Rabu.
Mereka diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak JKM, Rossilawati Aminudin atau Mat Zamree Abdul Aziz, di Pejabat JKM Daerah Timur Laut atau menghubungi talian 04-2264531 dan 04-2277413./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan