KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menanggung kesakitan apabila diliwat remaja berusia 15 tahun ketika mereka bermain ‘masak-masak’ di rumahnya di Datuk Keramat, di sini, kelmarin.
Difahamkan, remaja berkenaan rakan kepada saudara mangsa yang berkunjung ke rumah mangsa.
Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa dikatakan menjadi ‘isteri’ kepada suspek dalam permainan masak-masak sebelum dia diliwat.
“Kejadian disedari ibu mangsa kira-kira jam 6 petang selepas pulang bekerja apabila anaknya mendakwa sakit pada bahagian dubur.
“Ibu berusia 24 tahun itu membawa anaknya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan dia diliwat,” katanya./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan