KUALA LUMPUR: Gara-gara mengalami tekanan perasaan, seorang wanita bertindak nekad terjun dari tingkat 10 sebuah pusat beli-belah di Jalan Raja Chulan, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa, Kong Poh Lee, 23, dari Johor, mati di tempat kejadian akibat parah kepala dan badan.
Mangsa sebelum itu dilihat duduk berseorangan di atas bumbung oleh seorang pengawal keselamatan kompleks beli-belah berkenaan. Mangsa sempat meluahkan perasaan sedih kepada pengawal keselamatan terbabit, namun tidak menghuraikan masalahnya.
Pengawal keselamatan yang cemas dengan keadaan itu terus menghubungi bomba dan pada masa sama cuba memujuk mangsa.
Namun, mangsa terjun sebelum sempat sempat bomba sampai ke tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan