KUALA LUMPUR, 30 Dis: Seorang warga emas cedera di kepala selepas bergelut dengan seorang peragut yang menaiki sebuah motosikal di Jalan Tun Sambathan di sini hari ini.
Wanita, yang hanya dikenali sebagai Rageswary, 60, dan tinggal di Taman Melawati itu, kemudiannya dibawa oleh ambulans ke Hospital Kuala Lumpur selepas dilihat terbaring di jalan raya dan kepalanya berlumuran darah.
Seorang saksi berkata kejadian berlaku pada 1.45 petang tadi apabila Rageswary yang berjalan seorang diri di hadapan Wisma Tun Sambathan di sini diragut dua lelaki bermotosikal.
“Pergelutan berlaku apabila dia enggan melepaskan beg tangannya dan berlaku tarik menarik sebelum dia ditolak,” katanya./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan