KUALA TERENGGANU: “Sejak bercinta lagi, suami sudah menunjukkan sikap barannya. Pantang ada yang tidak kena, saya pasti akan dipukul, disepak dan diterajang tanpa belas kasihan, malah saya pernah dikurung di bawah rumahnya selama seminggu tanpa diberi makan dan minum.
“Tetapi, disebabkan ketika itu saya mengandung, jadi, saya terpaksa mengambil keputusan untuk meneruskan perhubungan ini dan berkahwin dengannya walaupun ‘hati sudah tawar’,” demikian pengakuan mangsa keganasan rumah tangga yang hanya mahu dikenal sebagai Siti, 19.
Menurut ibu muda ini, dia tidak pernah sesekali merasai kebahagian menjadi seorang isteri sepanjang tiga tahun usia perkahwinannya bersama suaminya, 24, yang kini hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah syarikat swasta di bandar raya ini.
“Sepanjang perkahwinan ini, dia tidak pernah sesekali menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa dengan baik./sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan