Selasa, 28 Disember 2010

Peniaga dikepung pelesit rempit


KEN JEE menunjukkan kecederaan yang dialaminya selepas cuba diragut oleh sekumpulan pelesit rempit di Seremban semalam.
SEREMBAN: Seorang peniaga berdepan detik-detik mencemaskan apabila dikepung dan cuba diragut sekumpulan pelesit rempit di Jalan Rahang berhampiran Stesen Komuter Seremban di sini awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Ho Ken Jee, 54, patah tulang rusuk selain mengalami kecederaan pada kaki dan kepala selepas terjatuh dari motosikalnya.

Ken Jee berkata, ketika kejadian dia menunggang motosikal seorang diri dari rumahnya di Rahang menuju ke gerainya di Pasar Besar Seremban di sini.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian motosikalnya dihampiri sekumpulan lelaki yang menaiki kira-kira 10 buah motosikal.

Ceritanya, salah sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki tiba-tiba menghimpit motosikalnya sebelum pembonceng motosikal itu cuba meragut beg yang dipakai di pinggangnya./kosmo 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan