IPOH: Polis negeri ini menahan lapan suspek yang didakwa melakukan kesalahan pecah amanah dengan membawa getah asli bernilai kira-kira RM230,000 dari kilang tempat mereka bekerja untuk dijual.
Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Zakaria Yusof berkata, suspek melibatkan lima lelaki warganegara India, dua lelaki India dan seorang lelaki Cina tempatan ditahan bersama sejumlah bahan mentah getah asli dalam keadaan cecair pekat dari sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Shah Alam, Selangor antara 16 Disember hingga 19 Disember lalu.
Menurutnya, semua suspek berumur antara 30 hingga 40 tahun itu kini dalam tahanan reman.
“Dua lelaki India tempatan yang ditangkap adalah pengurus kilang dan pemandu lori, manakala seorang lelaki warganegara India bekerja sebagai kelindan lori, lelaki Cina pula adalah pemilik kilang tempat barang kes dirampas dan empat lelaki warganegara India bekerja sebagai buruh di kilang sama.
“Semua suspek yang ditangkap tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ada dokumen perjalanan serta permit pekerjaan sah,” katanya kepada pemberita di Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri di sini, kelmarin.
Zakaria berkata, tangkapan dan rampasan yang dilakukan adalah hasil maklumat diterima daripada orang awam serta tindakan pantas polis.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan (pecah amanah oleh pekerja) yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun bersama sebatan serta boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan