Rabu, 1 Disember 2010

Juruteknik dihukum gantung

AZIZAN dibawa keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati semalam.
ALOR SETAR: Seorang juruteknik sebuah syarikat swasta dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 1.1 kilogram kira-kira dua tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd. Azman Husin menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
Dalam penghakimannya di akhir pembelaan, Mohd. Azman berkata tertuduh, Azizan Yahaya, 50, gagal membuktikan beg berisi kanabis di dalam laci pada kepala katil di rumahnya bukan hak miliknya.
"Dalam pembelaan tersebut, ia merupakan penafian semata-mata dan tiada keterangan lain membuktikan dadah jenis kanabis terbabit milik orang lain.
"Dengan ini, tertuduh didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati," katanya./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan