Jumaat, 6 Mei 2011

Warga Bangladesh dijel 3 tahun

KOTA BHARU: Perlakuan jijik seorang warga Bangladesh cuba mencabul seorang kanak-kanak lelaki dalam kejadian di sebuah stor di Tanjung Chenok, Pasir Mas, tahun lalu menerima balasan apabila dihukum penjara selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. 

Hukuman itu diputuskan Hakim Rofiah Mohamad selepas menerima pengakuan salah tertuduh, Md Hauann Padhn,31 sejurus selepas pertuduhan pilihan selesai dibacakan terhadapnya. 

Md Hauann didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun di sebuah stor bersebelahan rumah di Jalan Sekolah Kebangsaan, Tanjung Chenok, Pasir Mas, 30 Jun 2010 lalu. 

Dalam kejadian jam 12.30 hari itu, tertuduh memanggil mangsa yang juga anak kepada majikannya itu masuk ke dalam stor berkenaan sebelum bertindak membuka seluar kanak-kanak berkenaan. 

Tertuduh turut membuka seluarnya sendiri dan cuba memasukkan kemaluannya ke dalam dubur mangsa tetapi gagal. 

Mangsa yang menangis kemudiannya memakai seluarnya semula lalu berlari masuk ke dalam rumah sebelum menceritakan kejadian itu kepada bapanya pada jam 1.30 petang. 

Bapa kanak-kanak itu bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Bunut Susu yang membawa kepada penahanan tertuduh hari sama kejadian berlaku. 

Mangsa yang dibawa menjalani pemeriksaan doktor disahkan tidak mengalami kesan kecederaan di duburnya. 

Semasa prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali yang mengendalikan kes memohon mahkamah memberatkan hukuman terhadap tertuduh berikutan kesalahannya itu serius. 

“Perlakuan mangsa menyebabkan kanak-kanak yang masih bersekolah itu mengalami trauma dan ketakutan sehingga tidak mahu melihat wajah tertuduh. 

“Tertuduh juga melakukan kesalahan itu di tempat tertuduh sendiri mencari rezeki sebagai pekerja pembuat batu bata,” katanya. 

:Julai lalu, tertuduh mulanya didakwa mengikut Seksyen 377C/511 Kanun Keseksaan kerana meliwat dan tidak mengaku bersalah sebelum kemudiannya ditawarkan pertuduhan pilihan 354 Kanun Keseksaan kerana guna kekerasan dengan niat mencabul./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan