AYER KEROH: Meskipun mempunyai seorang anak perempuan, seorang lelaki yang sepatutnya faham kanak-kanak perlu dilindungi seolah-olah tiada rasa bersalah apabila bertindak merogol remaja berusia 13 tahun dalam sebuah rumah kosong, Ahad lalu.
Tindakan itu akhirnya membawa padah apabila dia yang juga bapa kepada tiga cahaya mata dihukum penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sin, semalam.
Tertuduh, Fauzi Osman, 28, sebelum itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Ahmad Sazali Omar.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah merogol seorang remaja berusia 13 tahun empat bulan di Batu 7, Jalan Tanjong Minyak, Tanjong Minyak kira-kira jam 10.05 malam pada 1 Mei 2011.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Fauzi ketika rayuan memohon mahkamah memberikan hukuman ringan dengan alasan dia benar-benar menyesal dan insaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.
Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar ketika pendakwaan memohon mahkamah memberikan hukuman berat disebabkan tertuduh telah melakukan kesalahan serius membabitkan remaja bawah umur selain hukuman sehingga 20 tahun.
“Saya mohon mahkamah mengambil kira peranan tertuduh yang merupakan seorang bapa kepada tiga orang anak sepatutnya bersikap melindungi remaja di bawah umur 16 tahun.
“Tertuduh sebagai orang dewasa telah mengambil kesempatan ke atas gadis berumur 13 tahun yang masih naif,” katanya.
Setelah mendegar hujah pihak pendakwaan, Ahamd Sazali, kemudian menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dari tarikh ditangkap iaitu pada 2 Mei lalu dan dua kali sebatan./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan