Rabu, 11 Mei 2011

Bengkak kena ‘penampar Jepun’

1. MELAKA: Gara-gara mengenakan kadar tambang murah, pemandu teksi warga emas menerima ‘penampar Jepun’ dan dimalukan di khalayak ramai dalam satu kejadian di hadapan Plaza Hang Tuah, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Osman Aman, 55, mendakwa mengalami bengkak di kiri dan kanan pipi akibat ditampar lelaki berbadan sasa yang juga seorang pemandu teksi.

Menceritakan kejadian itu, Osman berkata, dia didatangi lelaki yang dikenalinya ketika mengambil seorang penumpang warga asing di situ.

“Lelaki itu kemudian terus mengeluarkan kata-kata kesat dan menuduh saya mengenakan tambang yang lebih murah terhadap warga asing. Lelaki itu kemudian menampar kedua-dua belah pipi dan saya tidak berani melawan kerana badan besar dan sasa.

“Dia kata saya pandai-pandai turunkan harga tambang teksi daripada RM20 kepada RM15 lalu bertindak di luar batasan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam./hmetro
---------------------------------------------------------------------

2. AMPANG: Akibat menegur perbuatan jiran meletak kereta di depan rumahnya, lelaki berusia 34 tahun menerima bahana apabila ditumbuk di muka dalam kejadian di Lembah Keramat, awal pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami lebam dan bengkak di tepi mata kiri.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama isteri dan anak-anaknya baru saja pulang sebelum melihat kereta diletakkan di depan pagar rumahnya menyebabkannya terhalang untuk masuk.

Katanya, mangsa yang tidak mengetahui kereta itu milik jirannya, membunyikan hon supaya pemilik kereta itu keluar dan mengalihkan keretanya.

“Bunyi hon itu didengari jiran mangsa yang kemudian keluar./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan