SUNGAI SIPUT (U): Lokasi ‘persembunyian’ seorang remaja 14 tahun menghilangkan diri kerana terpengaruh dengan rakan akhirnya berjaya dijejak ibunya sendiri.
Nurul Shuhada Shariff dari Perumahan Sri Taman, di sini dikatakan tidak pulang ke rumah sejak enam bulan lalu.
Bagaimanapun, sebaik berita kehilangannya disiarkan Sinar Harian, 6 Mei lalu, orang ramai tampil membantu menyalurkan maklumat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam berkata, hasil maklumat orang awam, ibu remaja berkenaan, Nur Jasmin Karam Jit Abdullah, 45, bersama salah seorang anaknya mengesan lokasi Nurul berada.
Menurutnya, Nurul dikhabarkan bersama sekumpulan rakannya berada di Taman Cempaka Ipoh.
“Sebaik terlihat kehadiran ibunya, remaja berkenaan cuba melarikan diri namun berjaya dihalang.
“Ketika kejadian, Nurul dikatakan berada di sebuah taman bersama beberapa rakannya, dia yang cuba lari akur untuk tidak berbuat demikian setelah ibunya mengugut turut membawa anggota polis ke taman berkenaan,” katanya.
Ahamad Pakeh berkata, beliau turun ke lokasi berkenaan setelah dihubungi Nur Jasmin yang memberitahu penemuan anaknya.
Buat masa ini, katanya, remaja berkenaan berada dalam keadaan sihat di bawah pengawasan keluarga.
Menurut beliau, dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Nurul kini ditempatkan di Pusat Perlindungan Wanita Batu Gajah.
“Kita masih belum mengetahui tindakan lanjut yang akan dikenakan, namun bersyukur kerana remaja berkenaan berjaya dijejaki, daripada maklumat yang kita peroleh, ketika ditangkap, dia (Nurul) bersama rakan yang dipercayai kumpulan remaja liar,” katanya.
Dalam laporan sebelum ini, Nurul yang gemar melayari internet menghilangkan diri dipercayai kerana terpedaya dengan rakan kenalan yang ditemui melalui sebuah laman sosial.
Insiden kehilangan berkenaan adalah kali kedua.
Sebelum ini Nurul melarikan diri selepas berlaku pertengkaran dengan adik-beradiknya gara-gara menggunakan kredit telefon sehingga habis./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan