KOTA BHARU: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) berusia 19 tahun, yang cuba keluar agama Islam sebelum ini, menukar pendiriannya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, dan mengaku bahawa dia masih Islam.
Pada 24 April lalu, Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli dibawa ke mahkamah bagi permohonan perintah tegahan percubaan keluar dari Islam dan mahkamah menangguhkan kes itu sehingga semalam , dan direman seminggu.
Hakim Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty berkata, penuntut itu akan dihantar ke Pusat Pemulihan Akidah Kuala Kubu Baru, Selangor untuk diberi peluang mendalami ilmu agama Islam.
“Mahkamah berasakan bertanggungjawab untuk menjaga lima perkara asas iaitu menjaga agama, kurniaan dan nikmat paling bernilai bagi seorang Islam, kedua menjaga nyawa dan seterusnya keturunan, akal fikiran dan maruah.
“Namun awak terlibat dalam perkara yang paling utama iaitu tidak percaya kepada Islam. Jadi mahkamah ingin mengetahui pendirian awak hari ini adakah sama juga dengan pendirian awak pada 24 April lalu kata tidak percaya kepada Islam,” katanya.
Ketika itu, Mohamad Fariz menjawab sudah insaf dan dia seorang Islam.
“Saya seorang Islam. Masa dalam tahanan (reman) saya sembahyang lima waktu,
Saya baca al-Quran bersama seorang lagi tahanan, dia seperti tabligh.
“Saya memohon mahkamah meringankan beban hukuman terhadap saya dengan tidak menghantar saya ke pusat pemulihan akidah tetapi diberikan hukuman cara lain.
“Maksud saya menghadapi kehidupan seperti biasa tetapi dengan ada bimbingan. Saya tertekan berada di tempat seumpama itu (pusat pemulihan akidah),” katanya.
Hakim Abu Bakar berkata, beliau tidak akan memberikan hukuman yang boleh memberi tekanan kepada Mohamad Fariz dan bersyukur kerana dia sudah berubah fikiran.
Selepas itu, beliau meminta penuntut jurusan Seni Kulinari berasal dari Pengkalan Chepa itu membaca surah Al-Fatihah dalam mahkamah lalu dia membacanya dengan lancar dan merdu sehingga orang ramai yang hadir terharu mendengarnya.
Hakim turut meminta Mohamad Fariz mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar dalam mahkamah.
Menurutnya, perintah pertama Mohamad Fariz perlu melaporkan diri di Pejabat Agama Dungun, Terengganu setiap minggu untuk mendapat bimbingan agama daripada pegawai agama.
Perintah kedua, setiap minggu perlu solat Jumaat di masjid dalam kampus UiTM Dungun dan melaporkan diri kepada imam manakala mahkamah akan mendapatkan laporan kehadirannya daripada imam yang bertugas.
“Ketiga, apabila cuti semester awak perlu melaporkan diri di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan bertujuan memberi pendidikan agama manakala pasport antarabangsa awak diserahkan kepada mahkamah.
“Hukuman ini mengikut Seksyen 102(3) Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) 1994 dan apabila awak mengikut semua perintah ini dan mahkamah berpuas hati, mahkamah akan membebaskan awak,” katanya./sinarharian

Harap dye btl2 da insaf..
BalasPadam