TUMPAT: Seorang duda keturunan Siam, ditemui mati tergantung pada dahan pokok rambai selepas dipercayai membunuh diri dalam kejadian di Kampung Cherang, Chabang Empat, dekat sini, kelmarin.
Mangsa, Eh Chai A/L Eh Rak, 28, ditemui tergantung oleh bapanya, Eh Rak A/L Chau Kung, 50 dalam kawasan kebun kira-kira jam 10 pagi, ketika melalui kawasan berkenaan untuk bawa lembu ke padang ragut.
Tempat penemuan mayatnya hanya kira-kira 200 meter dari rumah ibu bapa mangsa.
Adik mangsa, Ronna Chai, 24, pekedai makan, berkata, ayahnya masih bersedih dengan tindakan abangnya mengantungkan diri dan tidak menduga kemurungan abangnya sejak akhir-akhir ini petanda dia akan pergi untuk selama-lamanya.
“Seminggu ini perangai abang pelik sedikit, agak murung dan bersendirian. Memang rutin malamnya akan menunggang motosikal dari rumah ayah kami ke kedai makan saya yang terletak di Kampung Putih, tetapi dia hanya singgah sekejap sahaja.
“Biasanya dia akan berbual lama dengan saya di kedai tersebut dan akan pulang lewat malam ke rumah ayah di Kampung Cherang,” katanya.
Menurutnya, abangnya yang bekerja sebagai tukang rumah itu menduda sejak lima tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Sharifuddin Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.
Katanya, hasil pemeriksaan terhadap lelaki terbabit tidak ada kesan luka dan lebam pada badannya.
"Polis turut menemui sembilan biji pil kuda di dalam poket seluar mangsa terbabit," katanya.
Katanya, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan polis mengklafikasikan lelaki terbabit mati mengejut./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan