MELAKA: Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas empat pertuduhan mencabul dan satu pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap anak kandungnya yang berusia 14 tahun dalam kejadian antara Mac 2010 hingga Mei 2011.
Tertuduh, yang berusia 44 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Tertuduh didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan iaitu di hadapan Hakim Abu Bakar Katar dan Hakim Zaharah Hussain, bagi kelima-lima kesalahan itu.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap anaknya dengan cara menyeluk dan meraba kemaluan mangsa dengan niat untuk mencabul kehormatan di bilik belajar di No 18 Jalan TP 8 Taman Terendak Permasi, Sungai Udang pada 4 Mei lalu jam 8 malam.
Bagi pertuduhan pertama, dia disiasat mengikut Sesyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan