Selasa, 10 Mei 2011

Padah angkut kekasih rakan



ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi seorang lelaki Indonesia berketurunan Madura mati dibunuh di Stesen Komuter Batu Tiga, Shah Alam kelmarin.
SUBANG JAYA: Tindakan seorang lelaki yang tidak mengendahkan amaran supaya tidak mengganggu teman wanita kenalannya mengundang padah apabila dia mati dibunuh dalam kejadian di landasan kereta api dekat Stesen Komuter Batu Tiga di sini kelmarin.

Kejadian pukul 9.55 malam itu menyebabkan seorang buruh Indonesia, Rusli Masir, 24, mati akibat ditikam di dada. Selain itu, lehernya turut dikelar dan pipi kirinya ditetak dengan menggunakan parang.

Difahamkan, polis setakat ini mengenal pasti cemburu sebagai motif kejadian. Suspek yang menyerangnya di katakan berang selepas mengetahui mangsa telah membawa teman wanitanya bersiar-siar di ibu negara beberapa jam sebelum kejadian.

Dia kemudian telah mengajak beberapa lagi rakannya supaya bertemu Rusli di bawah jejambat di Lebuh Raya Persekutuan. Kesemua mereka berketurunan Madura.

Mangsa bersetuju pergi ke situ bersama seorang rakannya selepas dia dimaklumkan wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu hendak bertemunya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, suspek yang datang bersama lima lelaki kemudian menyerang mangsa dan rakannya selepas berlaku pertengkaran antara mereka./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan