SITIAWAN: Bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan penguat kuasa imigresen membuat serbuan ke atas sebuah restoran, di sini, kelmarin dan menahan 10 wanita warganegara China disyaki bekerja sebagai GRO.
Ketua Imigresen Lumut, Zaidi Dali berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihaknya menemui beberapa kondom di dalam beg tangan dan tidak menolak ada kegiatan pelacuran di restoran terbabit.
Menurutnya, ketika serbuan dibuat kira-kira jam 10 malam, kesemua wanita itu sedang leka melayan pelanggan.
“Menyedari kehadiran pegawai imigresen, kesemua wanita ini bertindak melarikan diri.
“Namun berjaya di pintas pegawai kami dengan kekuatan anggota seramai 11 orang,” katanya ketika ditemui di Pejabat Imigresen Manjung, kelmarin.
Zaidi berkata, siasatan awal mendapati, lapan tahanan memegang pas lawatan sosial, seorang memegang pas pelajar manakala seorang lagi memegang pas jangka panjang isteri warganegara.
“Kesemua mereka disyaki melanggar Peraturan 39(B) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
“Mereka ditahan selama 14 hari untuk siasatan lanjut dan jika terbukti melakukan kesalahan tindakan mahkamah dan atau pembatalan pas akan dibuat,” katanya.
Katanya, pihaknya sentiasa memantau kegiatan salah laku itu selain mengambil tindakan terhadap pelawat asing yang didapati menyalahgunakan pas lawatan yang diberikan.
“Kegiatan tidak bermoral ini boleh menjejaskan nama baik daerah Manjung sendiri.
“Operasi seumpama ini akan giat dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan tidak bermoral ini,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan