Sabtu, 7 Mei 2011

Tukang gunting kena tetak

SUNGAI LANG: Seorang tukang gunting rambut maut ditetak dua lelaki, awal pagi semalam. 

K Kathirawan, 26, dari Kampung Sungai Lang di sini, ditemui mati di belakang kedainya dipercayai akibat diserang dua lelaki bersenjatakan parang. 

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, dua suspek itu tersebut dipercayai menghampiri mangsa dan dan berlaku pergelutan. 

Seorang saksi mendakwa, dua lelaki dilihat mengkori mangsa ke kawasan perumahannya sebelum menyerang mangsa yang ketika itu sedang berehat. 

Mangsa dikatakan terkejut dan cuba melarikan diri, namun gagal. 

Dua suspek berkenaan bagaimanapun melarikan diri sejurus mangsa rebah dan maut di tempat kejadian. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Nordin Manan berkata, kejadian itu dipercayai berlaku tidak lama selepas mangsa menggunting rambut pelanggannya. 

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan dan meminta maklumat orang awam yang mengetahui identiti dua suspek berkenaan supaya menghubungi polis. 

“Polis juga menjumpai parang yang dipercayai digunakan dua suspek berkenaan dalam kejadian itu namun sehingga hari ini polis masih menunggu laporan daripada pihak forensik. 

“Mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk siasatan lanjut,” katanya kepada semalam./
sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan