KULIM: Seorang lelaki berusia 50 tahun yang cacat penglihatan mengamuk dan cuba membunuh diri dengan menggunakan tali di dalam bilik di rumahnya di Taman Selasih kira-kira jam 8.20 pagi, kelmarin.
Anak kepada lelaki yang ditemui di hospital berkata, bapanya mengambil keputusan berbuat demikian apabila keluarganya menghalang dia memakan makan kegemarannya setelah dia disahkan mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.
“Kami menghalangnya minum kopi yang manis dan mengawal dietnya.
“Dia marah dan kemudiannya membuat keputusan untuk menggantung diri. Kami mengugut untuk turut membunuh diri sekiranya dia meneruskan perbuatan itu. Bapa kemudian membatalkan hasratnya.
“Untuk memastikan keselamatannya lebih terjamin, kami telah menghubungi polis unit MPV Balai Polis Kulim dan menghantarnya ke hospital,” katanya.
Jurucakap polis berkata, ketika pemeriksaan dijalankan terhadap lelaki itu, dia hanya meminta doktor membenarkan dia tinggal di hospital beberapa hari untuk berehat dan menempatkannya di sebuah bilik yang berhawa dingin./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan