ALOR SETAR: Mayat lelaki berusia 26 tahun ditemui dengan keadaan kaki dan leher terikat di Sungai Mati, Jalan Kilang Tebu pagi, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, mangsa, Low Choon Aik tinggal di Taman Teratai Jingga, Jalan Pegawai.
Menurutnya, mangsa yang bekerja di Wisma Hijau Kuning ditemui berpakaian lengkap tanpa kasut dan sudah dikenal pasti oleh waris.
“Mangsa dipercayai dibunuh dan kemudiannya dibuang ke dalam sungai, namun kita masih lagi menyiasat punca kejadian.
“Buat masa ini, polis menahan tiga suspek bagi membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya kepada media ketika ditemui, semalam.
Mohd Zakaria berkata, mangsa akan dibedah siasat esok (hari ini) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara ini diminta agar menghubungi balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Idris Mydin berkata, bilik gerakan bomba menerima panggilan kira-kira 6.40 petang, kelmarin.
“Operasi mencari mangsa disambung bermula jam 8 pagi hari ini (semalam) dan mangsa berjaya ditemui pada jam 10.55 pagi,” katanya ketika ditemui.
Saksi kejadian, Choong Gaik Ngoh, 32, berkata, dia ternampak objek seakan-akan manusia di jeti Taman Seri Ampang berhampiran tempat dia dan beberapa rakan bersembang.
Menurutnya, dia kemudian memaklumkan kepada rakan-rakan yang berada di situ, namun mereka tidak berani untuk mengambil tindakan dan segera menghubungi pihak bomba./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan