GEORGETOWN: Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Georgetown setelah didapati bersalah mendera pembantu rumahnya tahun lalu.
S Poongavanam, 37, didapati bersalah mendera Win Faidaa, 26, menggunakan seterika 4 September 2010 iaitu pada jam 1 petang di rumahnya di Jalan Penawar 1, Sri Wang 1, Jelutong.
Mengikut kertas pertuduhan, Poongavanam yang diwakili peguam, S Yagoo didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada Win Faidaa menggunakan satu alat yang jika digunakan sebagai satu senjata, boleh mendatangkan kecederaan parah atau kematian.
Dalam rayuannya, S Yagoo meminta mahkamah mengenakan hukuman minimum dengan mengambil kira beberapa faktor iaitu tertuduh perlu menguruskan keluarga dengan empat anak yang berusia 6, 7, 12 dan 16 tahun selain menghidap penyakit darah tinggi.
“Saya mewakili tertuduh meminta hukuman dikurangkan kerana anak guam saya tidak mempunyai niat untuk mendatangkan kecederaan terhadap mangsa. Ini kerana, ketika kejadian, dia berada di dalam tekanan perasaan dan marah kerana mangsa cuba menggoda suaminya.
“Dari keterangan mangsa, majikannya memberi layanan yang baik pada awal dia bekerja. Ini jelas menunjukkan tertuduh tidak berniat untuk melakukan perkara itu kepada mangsa. Jika mangsa dipenjara dalam tempoh yang lama, ia akan menyebabkan seluruh keluarganya terjejas kerana dia bertanggungjawab menguruskan segalanya,” katanya.
Hakim Sitarun Nisa Abdullah menjatuhkan hukuman itu setelah Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Firdaus Abu Hanipah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan alasan kecederaan itu membuatkan mangsa trauma selain memusnahkan harapannya ke negara ini untuk mencari rezeki demi menampung perbelanjaan di kampung.
“Saya mohon mahkamah mengambil kira alasan yang dikemukakan iaitu perbuatan tertuduh terhadap mangsa seperti binatang dan menyebabkannya trauma. Memandangkan tertuduh mempunyai empat anak, tidakkah tertuduh memikirkan apa yang dirasai ibu mangsa apabila mengetahui anaknya diperlakukan begitu sedangkan saya pasti tertuduh juga mempunyai perasaan yang sama terhadap anaknya,” katanya.
Sitarun berkata, setelah mendapati semua bukti yang dikemukakan melampaui keraguan yang munasabah, S Poongavanam dipenjara lapan tahun dan denda RM20,000 dan jika tertuduh gagal membayarnya, penjara enam bulan akan dikenakan./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan