Sabtu, 14 Mei 2011

Samun sebelum rogol

PASIR GUDANG: Merogol dengan menyamun terlebih dahulu di persimpangan lampu isyarat menggunakan motosikal bukanlah langkah selamat bagi penjenayah yang melakukan kesalahan ini. 

Dua suspek lelaki bagi kes rogol seorang wanita yang telah melakukan kesalahan ini di Seri Alam akhirnya berjaya ditahan pasukan polis Ibu Pejabat Daerah Seri Alam sembilan jam selepas kejadian. 

Seorang pengadu yang telah membuat laporan pada 9 Mei lalu jam 2.25 pagi, mengadu mangsa wanita terbabit adalah teman wanitanya, telah disamun di persimpangan lampu isyarat sebelum dirogol di sebuah rumah kosong di Telok Jawa, Seri Alam. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, kejadian berlaku apabila suspek dikatakan menghulurkan pisau kepada mangsa untuk menyamun sebelum membawa mangsa ke rumah terbabit untuk merogol. 

“Salah seorang daripada suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau iaitu empat rekod di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, dua rekod di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, satu rekod di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan satu rekod di bawah 324 Kanun Keseksaan. 

“Manakala seorang lagi suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan siasatan kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 33 tahun ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Roslan berkata, sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebat di bawah seksyen itu manakala jika dikenakan hukuman di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, boleh dipenjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan