Khamis, 2 Disember 2010

Temui suami mati tergantung

BANDAR TASEK MUTIARA: Seorang lelaki ditemui mati tergantung dipercayai dalam keadaan mabuk awal pagi semalam. 

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi itu, lelaki berkenaan yang berusia 36, berketurunan India, mati di tempat kejadian dalam keadaan dirinya tergantung pada kipas siling di bilik kedua rumahnya. 

Ketua Balai Polis Bandar Tasek Mutiara, Sarjan Sanusi Saad, berkata, isteri lelaki itu memberitahu polis, kali terakhir dia melihat suaminya pada jam 4 pagi. 

“Kali terakhir isteri mangsa melihatnya ialah sekitar jam 4 pagi setelah tersedar akan kelibat suaminya yang bangun dari tidur dipercayai untuk ke bilik air. 

“Pada jam 8.20 pagi isteri mangsa yang baru bangun dari tidur mendapati pintu bilik kedua tertutup rapat. 

“Curiga terhadap apa yang berlaku, isterinya mengambil tindakan dengan membuka pintu bilik untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati suaminya tergantung pada kipas siling bilik,” katanya. 

Sanusi berkata, polis difahamkan, mangsa tidak terlibat dengan masalah hutang mahupun pertengkaran yang boleh dikaitkan sebagai punca kemungkinan dia membunuh diri. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat dan polis menganggap kes berkenaan sebagai kematian mengejut. 

Lelaki itu meninggalkan seorang balu dan dua orang anak. 

Jiran mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, kali terakhir dia melihat mangsa sekitar jam 4 petang sehari sebelum kejadian. 

“Mangsa tidak menunjukkan seberang reaksi pelik ketika berjumpa dan tidak menyangka itu adalah pertemuan terakhir kami. 

“Saya berharap isteri mangsa tabah dengan kejadian yang menimpa dan menerima apa yang berlaku sebagai dugaan hidup,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan