Khamis, 2 Disember 2010

Pegawai Imigresen mengaku tidah bersalah

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima satu suapan wang tunai berjumlah RM2,200 di Mahkamah Sesyen di sini, tahun lalu. 

Abdul Rahim Yusoff, 39, melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya Malaysia kira-kira jam 4.45 dan 6 petang, 12 Februari 2009. 

Bagi pertuduhan pertama, Abdul Rahim didakwa menerima satu suapan bernilai RM200 daripada Chua Choon Mui yang bekerja sendiri, sebagai balasan untuk menyelesai dan melepaskan Chua yang disyaki melindungi perempuan rakyat China. 

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama kira-kira jam 5 petang, 22 Februari 2009, dengan menerima satu suapan bernilai RM2,000 daripada Chua sebagai balasan untuk menyelesai dan melepaskan Chua yang disyaki melindungi perempuan (PRC). 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Undang-undang Malaysia Akta 694). 

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau mengikut mana-mana nilai yang lebih tinggi. 

Pegawai Penyiasat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Hung Heng Hong, menawarkan wang jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin. 

“Saya memohon mahkamah memberi hukuman setimpal kerana rasuah adalah kesalahan serius,” katanya. 

Peguam bela tertuduh, Ahmad Bakhtiar Hamdan, memohon mahkamah meringankan hukuman kerana anak guamnnya melapor diri kepada pihak SPRM sepanjang siasatan. 

“Anak guam saya adalah seorang penjawat awam di mana isterinya tidak bekerja dan mempunyai seorang anak yang masih bersekolah. Dengan jumlah itu adalah sukar bagi anak guam saya membayar denda terbabit, saya memohon mahkamah meringankan hukuman dan denda,” katanya. 

Hakim S M Komathy Suppiah, mengurangkan wang jaminan sebanyak RM7,000 dan menetapkan 6 Januari 2011 untuk tarikh bicara./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan