Khamis, 2 Disember 2010

Bakal pengantin positif dadah

PAKA: Kegembiraan seorang pemuda bakal naik pelamin bertukar pilu apabila dicekup pihak berkuasa ketika bersama dua rakan penagih, dekat sini, tengah hari kelmarin. 

Ketua Polis Daerah, Superinten-dan Dahlan Mohd Noor berkata, suspek yang berasal dari Kemasek itu dikatakan datang ke bandar ini kononnya dengan alasan membeli kelengkapan perkahwinan. 

Bagaimanapun, niat serongnya itu terbongkar apabila dia dicekup bersama dua lagi rakannya ketika berada dalam keadaan mencurigakan berdekatan Sekolah Menengah (SM) Paka, tengah hari kelmarin. 

Menurut Dahlan, hasil ujian air kencing mendapati suspek difahamkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya hari ini positif dadah. 

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 lalu dituduh di Mahkamah Majistret Dungun sebelum Majistret membebaskan suspek dengan jaminan RM1,500 sementara menunggu kesnya disebut semula suatu tarikh lain,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan