Khamis, 2 Disember 2010

Acu pisau di leher rakan


Menceritakan detik cemas itu, Rosmadi berkata, dalam keadaan panik ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi itu berlaku, salah seorang rakan kerjanya, Mohd Aizuddin Abdul Wahab, 25, cuba mencapai besi penyendal pintu untuk mempertahankan diri, namun salah seorang penyamun yang memegang sebilah pisau lebih bertindak pantas dengan segera mengacukan pisau itu di leher rakannya. 

"Tindakan agresif perompak itu menyebabkan kami berempat takut untuk melawan, tambahan lagi seorang daripada perompak itu turut memegang pistol. 

“Kami hanya mampu melihat mereka menyelongkar laci dan mesin bayaran sebelum melarikan kesemua wang yang ada” katanya yang kelihatan masih trauma dengan kejadian tersebut. 

Menurutnya, pada awal kejadian, sejurus kedua-dua perompak itu masuk ke dalam kedai salah seorang perompak itu yang memegang pisau mendapatkan Mohd Aizuddin yang kebetulan berada di hadapan pintu masuk kedai sebelum mengarahkan mereka supaya tidak melawan jika tidak ingin dicederakan. 

“Perompak yang memegang pisau itu mengarahkan Mohd Aizuddin supaya memanggil dua lagi pembantu kedai lain yang kebetulan berada di belakang kedai supaya duduk berkumpul dan tidak cuba melawan. 

“Pada masa sama seorang lagi perompak telah bertindak mengambil kesemua wang dari dalam laci dan mesin bayaran di kaunter berkenaan serta memasukkannya ke dalam sebuah beg sebelum kedua-dua mereka bertindak melarikan diri melalui pintu hadapan kedai,” katanya. 

Menurut Rosmadi, ketika kedua-dua perompak itu berusaha melarikan diri menuju ke sebuah kereta Perodua MyVi berwarna kelabu, salah seorang daripada mereka yang memegang pisau telah jatuh tertiarap tetapi sempat bangun menuju ke kereta berkenaan. 

“Perompak terbabit yang kelihatan kelam kabut terus lari melarikan diri untuk menaiki kereta berkenaan dan pada masa sama telah meninggalkan sebilah pisau serta topi keledar yang digunakan dalam rompakan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian. 

Bagaimanapun, katanya, dia dan tiga lagi rakannya tidak sempat untuk mengecam nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan dua perompak terbabit, namun dia sempat melihat kereta itu menuju laju ke arah Kuala Kemaman. 

Kejadian berkenaan menyebabkan wang hasil jualan berjumlah RM3,500 kedai itu lesap, bagaimanapun hasil tindakan pantas polis kedua-dua suspek berjaya ditangkap dua jam selepas kejadian./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan