AMPANG
JAYA: Taktik seorang kerani penghantar surat dan ejen insurans
mengumpan kad prabayar tambah nilai untuk mendapatkan imbuhan seks
daripada dua gadis bawah umur memakan diri apabila masing-masing dihukum
penjara 15 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini
semalam.
Hakim
Roszianayati Ahmad menyabitkan tertuduh Aidil Rashid, 38, dan Lee Kwong
Mun, 36, atas dua tuduhan rogol setiap seorang selepas mendapati pihak
pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Beliau mengarahkan hukuman mereka berjalan serentak mulai semalam.
Aidil
didakwa merogol gadis pertama berusia 14 tahun antara Mei dan Jun 2010
di sebuah rumah pangsapuri di Lembah Jaya di sini pada pukul 3 dan 3.30
petang dan mengulangi perbuatan serupa terhadap mangsa kedua berusia 13
tahun antara April dan Jun 2010 di tempat sama.
Kwong
Mun juga didakwa merogol kedua-dua gadis yang sama di pangsapuri
tersebut antara Ogos 2009 dan Jun 2010 dan pada Mei 2010 pukul 9 dan
9.30 malam.
Kedua-dua tertuduh tinggal berjiran di kawasan itu./kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan