ALOR SETAR: Seorang penyangak yang menyamun seorang tukang urut menerima 'pembalasan' awal apabila dia bukan sahaja dapat ditangkap malah, jatuh tersungkur ketika dihambat penduduk dalam kejadian di Flat Seri Gemilang, Mergong di sini kelmarin.
Kejadian pukul 8 malam di tingkat satu itu berlaku apabila suspek yang bersenjatakan sebilah pisau menceroboh rumah Fatimah Md. Salleh, 89, ketika warga emas tersebut hendak mengurut seorang wanita yang dipercayai isteri lelaki terbabit.
Mangsa yang menyangka suspek bergurau ketika mengacu pisau akhirnya cemas apabila lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyentap gelang tangannya yang bernilai RM3,000 sebelum melarikan diri.
"Beberapa minit sebelum itu, saya didatangi isteri suspek dan memberitahu dia ingin berurut. Selepas mempersilakan dia masuk, saya suruh dia tutup pintu tetapi dia enggan dengan alasan angin dapat masuk.
"Tidak lama kemudian, lelaki itu muncul dan mengacukan pisau ke dada saya sambil meminta gelang. Saya ingat dia bergurau sebelum dia berkeras dan terus menarik kuat gelang emas saya," ceritanya yang memberitahu gelang itu dibeli ketika dia muda./kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan