PETALING JAYA: Sepasang kekasih yang sedang leka bercumbuan tanpa seurat benang diruang tamu rumah melarikan diri ke dalam bilik selepas tersentak apabila pintu rumahnya diketuk oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Al-Munawarah dan anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Apartment Lagoon Perdana, awal pagi semalam.
Pasangan itu yang pada mulanya enggan membuka pintu akhirnya akur dan hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya tiada pertalian sah.
Mengejutkan, seorang gadis Melayu turut ditahan bersama seorang lelaki berlainan bangsa di sebuah bilik di unit apartmen sama.
Penolong Setiausaha Surau Al-Munawarah , Muhammad Syafiq Khor Abdullah berkata, serbuan dibuat berikutan aduan daripada jiran sekeliling yang curiga melihat rumah bujang wanita itu sering dikunjungi lelaki.
“Pada mulanya kedua-dua pasangan itu memberi alasan terpaksa tinggal serumah kerana tidak mampu membayar sewa rumah sebanyak RM800 sebulan,” katanya.
Kedua - dua gadis itu yang berusia awal 20-an merupakan pelajar di sebuah universiti manakala lelaki pula sudah bekerja.
Dalam serbuan di sebuah lagi unit apartmen, sepasang kekasih turut dicekup kerana disyaki berkhalwat.
Muhammad Syafiq berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan polis kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.
Pasangan itu akhirnya akur selepas diarahkan oleh polis.
Semua pasangan yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya./sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan