JEMPOL: Dua lelaki disyaki tokan dadah kecil-kecilan di sekitar Palong, di sini, ditahan dalam serbuan berasingan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, hasil maklumat awam dan pemantauan selama sebulan.
Operasi bermula jam 1.30 tengah hari Khamis lalu diketuai Inspektor N Prabu bersama 10 anggota itu turut menahan tiga bersaudara, termasuk seorang wanita, disyaki penagih dadah yang juga teman wanita suspek pertama.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, serbuan pertama di sebuah rumah di Palong 8, Ladang Gaddes, di sini, dan menahan seorang lelaki berusia 37 tahun.
Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menemui tiga paket kecil berserta satu tiub straw mengandungi bahan disyaki dadah heroin, berat kasar 5.2 gram dan dia kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ketika serbuan, lelaki itu didapati tidak berseorangan dan kami menahan teman wanitanya berusia 31 tahun serta dua lelaki lain dipercayai adik dan adik ipar wanita itu,” katanya./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan