Rabu, 30 Mei 2012

Lelaki hilang mati dibunuh


GAMBAR fail menunjukkan anggota polis mengangkat mayat Mustafa yang mati dibunuh sebelum dicampak di ladang kelapa sawit di Linggi, Rembau, Negeri Sembilan pada 15 Mei lalu.
KUALA LUMPUR; Keresahan seorang anak memikirkan bapanya yang tidak pulang-pulang sejak keluar rumah pada 14 Mei lalu tiba ke kemuncaknya apabila dia mendapati lelaki tersebut dibunuh dengan mayatnya dicampak ke dalam ladang kelapa sawit di Linggi, Negeri Sembilan.

Pembunuhan kejam ke atas Mustafa Ahmad Suhaimi, 50, hanya diketahui keluarganya selepas mereka dihubungi polis Isnin lalu bagi mengenal pasti mayat seorang lelaki yang ditemui dengan hanya memakai kain pelikat pada 15 Mei lalu.

Ketika ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, mayat Mustafa didapati mempunyai tiga tikaman di dada, kesan pergelutan di kedua belah tangan dan jerutan di leher./kosmo

Selasa, 22 Mei 2012

Maut dikelar depan ibu

gambar mangsaKLUANG: Seorang remaja bukan hanya maut dikelar sahabat baik, malah lebih tragis lagi apabila insiden itu berlaku depan mata ibunya sendiri.

Dalam kejadian itu, Nurul Amin Muhamed Ishak, 22, (gambar kecil) seorang buruh kasar, mati serta-merta di tempat kejadian di Jalan Sentosa di sini akibat pendarahan pada leher setelah dikelar dengan pisau.

Menurut ibunya, Saemah Mogeri, 43, sebelum peristiwa berdarah itu berlaku, mangsa yang mesra dipanggil Abang mahu membawa dia bersemuka dengan dua sahabat baiknya untuk mendapatkan penjelasan berhubung insiden rumah mereka dipecah masuk minggu lalu.

“Dua sahabat baik Abang ceroboh rumah kami Selasa minggu lepas dan cuba mencabul kehormatan saya dan adik perempuannya. Disebabkan itu, Abang marah dan mahu bersemuka dengan mereka demi mempertahankan maruah kami.
Tempat kejadian iaitu di perkarangan Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR)
“Abang berjanji bertemu dengan mereka di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR) berdekatan dengan rumah jam 8.30 malam. Disebabkan jarak rumah kami dengan kompleks itu hanya 150 meter, arwah ajak saya pergi bersamanya,” katanya.

Saemah berkata, apabila dua sahabat baik anaknya tiba di lokasi yang dijanjikan dengan menaiki motor, Abang segera meminta penjelasan mengapa mereka tergamak melakukan perkara tersebut kepada keluarganya.

“Ketika arwah sedang bercakap, secara tiba-tiba salah seorang sahabat baiknya itu pergi ke motosikal lantas mengambil pisau sebelum meluru mengelar leher arwah dari depan.

“Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya tergamam dan mampu menjerit nama Abang. Ketika itu darah membuak-buak keluar daripada leher arwah.

“Saya hampir pitam melihat kejadian tidak diduga itu, namun masih sempat mendakap mangsa yang kemudian terkulai layu. Pakaian saya habis dibasahi darah arwah,” katanya.

Menurut Saemah, akibat panik, dua sahabat anaknya itu terus melarikan diri, manakala beberapa pemuda yang berada di dalam kompleks sukan berkenaan bergegas keluar sejurus mendengar jeritannya dan segera memanggil polis serta ambulans.

Sementara itu, Ketua Polis Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika dihubungi berkata, pihaknya hanya akan memberi kenyataan rasmi dalam sidang media, hari ini./sinarharian

Dicekup khalwat 4 pagi

Dicekup khalwat 4 pagi
AMPANG: Seorang pekerja kilang dicekup khalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Taman Muda, di sini, awal pagi semalam.

Wanita warga Indonesia berusia 22 tahun itu memberi alasan dia tidak dapat pulang ke hostel di Sungai Way selepas jam 11 malam lalu menyewa bilik hotel itu bersama kekasihnya.

Pasangan itu dicekup pada jam 4 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pintu diketuk beberapa kali, seorang lelaki berpakaian lengkap membuka pintu dan seorang wanita didapati berpakaian lengkap sedang berbaring di atas katil.

Pasangan itu gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram, namun lelaki itu memberi alasan mereka akan berkahwin dalam tempoh terdekat.

Ahmad Nawi berkata, sebanyak dua hotel bajet diperiksa dan pihaknya menahan sembilan individu berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun./sinarharian

Pasangan tidak serik, dua kali dicekup khalwat

Penguatkuasa menyoal siasat pasangan yang ditahan.
Penguatkuasa menyoal siasat pasangan yang ditahan.
AMPANG:Sepasang kekasih yang tidak serik berkhalwat dan kes tangkapan mereka masih dibicarakan di Mahkamah Syariah sekali lagi dicekup oleh penguat kuasa agama di sebuah rumah, di Taman Chempaka pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, seorang perempuan berusia 22 tahun dan teman lelakinya berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, sepasukan anggota penguat kuasa mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian.

“Manakala teman wanitanya yang hanya berkemban berlari ke bilik dari ruang tamu untuk memakai pakaian.

“Kami menemui coli dan seluar pendek milik wanita itu di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah sewa pasangan tersebut dan kondom di atas lantai.

Menurutnya, pasangan itu menyerahkan sijil nikah yang diragui berikutan tiada cop pengesahan dari pejabat agama.

“Lelaki yang sudah berkahwin itu melakukan kesalahan kerana berpoligami tanpa kebenaran dan sanggup bernikah bersama teman wanitanya di sempadan Thailand,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, pasangan itu pernah ditangkap berkhalwat pada jam 1 pagi, tiga minggu lalu di kediaman sama.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali./sinarharian

Pembantu kedai ditikam bapa sendiri


IBRAHIM menunjukkan kereta Perodua Alza yang menjadi punca seorang bapa sanggup menikam anaknya sendiri di Taman Dahlia, Tampoi kelmarin.

JOHOR BAHRU - Berang dengan permintaan anak supaya mengalihkan kereta di satu kawasan lapang, seorang lelaki yang telah menduda sejak 20 tahun tergamak menikam anak kandungnya di Jalan Dahlia 19, Taman Dahlia, Tampoi di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, Muhammad Afiq Zainuddin, 22, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan cedera di belakang badan akibat ditikam dengan pisau pemotong sayur.

Kejadian tidak diduga itu dikatakan berlaku apabila Muhammad Afiq yang baru pulang dari tempat kerja kira-kira 100 meter dari rumah meminta bapanya untuk mengalihkan kereta Perodua Alza yang diletakkan di tempat letak kereta jiran. Kereta tersebut milik bapa mangsa.

Mengikut abang suspek, Ibrahim Hassan, 50, dalam keadaan tidak berpuas hati, lelaki yang berusia 48 tahun itu mengalihkan kereta tersebut.

Selepas mengalihkan kenderaan, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan masih tidak dapat menahan kemarahan sehingga tercetusnya pertengkaran antara dua beranak itu di tempat letak kereta berkenaan.

Cerita Ibrahim, pertengkaran antara mereka berterusan sehingga ke dalam rumah menyebabkan suspek hilang pertimbangan lalu mengambil pisau pemotong sayur dan menikam anaknya./kosmo










Isnin, 21 Mei 2012

Seorang kakak terkejut lihat aksi seks adik

 HULU BESUT: Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun dekat sini, 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah.

Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya.

“Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya.

Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu.

Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan./sinarharian

Sabtu, 19 Mei 2012

Ibu mertua dituduh cuba bunuh menantu

Dituduh cuba bunuh menantu
Wai Chee (kiri) dan kakaknya, Wai Mei (tengah) diiringi anggota polis semasa tiba di pekarangan Mahkamah Butterworth semalam.
BUTTERWORTH: Seorang ibu mertua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan cuba membunuh menantu secara menikam dan membakarnya dengan petrol, awal bulan ini.

Bukan warga emas itu, Lee Wai Chee, 60, seorang sahaja namun kakaknya, Lee Wai Mei, 63, juga dituduh melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa.

Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka secara bersama-sama cuba membunuh Yeoh Kar Tin, 42, di blok S, Jalan Jenahak, Taman Tun Hassan, Bukit Mertajam dekat sini, 8 Mei lalu.

Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan khianat ke atas mangsa dan kali ini pertuduhan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ramlan manakala dua beradik itu diwakili peguam Mok Yee Yew dan Christine Khoor.

Prosiding dijalankan hadapan Hakim Ikhmal Hishan Ahmad Tajuddin yang kemudian, memerintahkan Wai Chee supaya menjalani rawatan mental di Hospital Tanjung Rambutan sementara Wai Mei diberikan jaminan­ RM30,000.

Kes disebut semula pada 16 Jun depan.

Kedua-dua beradik itu didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira jam 4 petang, 8 Mei lalu.

Difahamkan, kejadian tersebut disedari jiran terdekat yang kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat. Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedar diri./sinarharian

Jumaat, 18 Mei 2012

3 lelaki samun seksa wanita hamil

 3 lelaki samun seksa wanita hamil
Kelihatan telur mentah bersepak di rumah mangsa. 3 lelaki samun seksa wanita hamil
Rumah mangsa berselerak selepas disamun tiga lelaki.  
SUNGAI SIPUT: Bukan sahaja mulut disumbat dengan telur mentah, seorang wanita hamil sembilan bulan dipaksa menjilat air kencing dalam kejadian samun di rumahnya di Jalan Lintang di sini, awal pagi semalam.

Lebih malang, wanita yang hanya menunggu hari untuk bersalin itu turut ditendang tanpa peri kemanusiaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, M Yugeswari, 22, tinggal bersendirian di rumah selepas suaminya keluar ke sebuah stesen minyak manakala ibu bapa mertua ke kandang lembu bagi menjaga ternakan.

Menurutnya, secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng meluru masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang tanpa sempat dia berbuat apa-apa.

“Salah seorang lelaki berkenaan memegang dan menyuruh saya diam manakala dua lagi menggeledah rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kata Yugeswari, tidak tahan dengan bau badan tiga lelaki berkenaan, menyebabkan dia termuntah.

Tambahnya, akibat berang dengan tindakannya itu, salah seorang lelaki berkenaan menyumbat telur dalam mulutnya yang diambil dari peti sejuk.

“Selepas itu, salah seorang daripada lelaki tersebut kencing di atas lantai dan memaksa saya menjilat air berkenaan, tetapi saya enggan berbuat demikian.

“Marah dengan tindakan itu, penyamun tersebut terus menendang saya, namun bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Yugeswari berkata, dalam kejadian itu tiga lelaki berkenaan melarikan wang hasil jualan lembu berjumlah RM5,000 dan juga barang kemas.

Katanya, laporan polis dibuat sebaik sahaja suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek masih belum dikenal pasti./sinarharian

Cabul lepas tolong angkat barang

PETALING JAYA: Seorang warga asing berpura-pura menolong mengangkat barang sebelum mencabul wanita dibantu dengan meraba payudaranya di dalam lif sebuah pusat beli-belah di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, lelaki itu diberkas pengawal keselamatan keesokannya selepas dikenal pasti mangsa. Menurut sumber, dalam kejadian jam 4 petang itu wanita berusia 19 tahun itu mengangkut barang menggunakan troli sebelum suspek menawarkan bantuan.

“Pada mulanya, suspek hanya menyentuh tangan mangsa ketika menolak troli masuk ke lif. Bagaimanapun, sebaik pintu lif terbuka, suspek yang membantu menolak keluar troli terus meraba buah dada mangsa sebelum menutup pintu lif.

“Mangsa yang terkejut cuba menahan pintu lif namun gagal,” katanya.

Menurutnya, keesokannya, mangsa pergi ke tempat kerjanya dan terserempak suspek sebelum melaporkan perkara itu kepada pengawal keselamatan./hmetro

Menggigil jumpa mayat

REMBAU: “Menggigil tubuh apabila menemui mayat lelaki berkain pelekat berlumuran darah di tepi jalan berhampiran laluan masuk ke ladang kelapa sawit,” kata Lai Tai Sun, 54, yang menemui jasad seorang lelaki dipercayai dibunuh sebelum dicampak di tepi jalan di Jalan Besar Linggi- Lubok China, di sini, kelmarin.

Difahamkan, Lai menemui mayat lelaki tanpa identiti itu kira-kira jam 4 petang lalu bergegas ke Balai Polis Linggi memaklumkan kejadian itu.

Menurutnya, dia menunggang motosikal bersendirian untuk keluar dari kebun getahnya apabila menemui mayat itu.

“Saya sangka objek lain, selepas mendekatinya ternyata tubuh manusia berlumuran darah. Saya bergegas ke balai polis berdekatan memaklumkan penemuan itu. “Keadaan mayat itu mengerikan dengan beberapa kesan luka di dada dan hanya berkain pelekat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, siasatan mendapati berlaku pergelutan antara mangsa dengan penyerangnya berdasarkan luka pada kedua-dua belah tangan. “Mangsa dipercayai warga tempatan berketurunan Melayu berusia 40-an dan ditemui berlumuran darah dengan kesan tiga tikaman di dada serta terdapat kesan jerutan pada leher. “Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan ladang kelapa sawit,” katanya.

Mizan berkata, pihaknya percaya mangsa lelaki warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG pada bahu kirinya.

“Lelaki itu berkulit sawo matang, hanya memakai kain pelikat dan seluar dalam hitam tetapi tiada pengenalan diri. Dia dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan RK Naga di talian 016-2212497./hmetro

Rabu, 16 Mei 2012

Nenek 15 cucu dicekup khalwat

Nenek 15 cucu dicekup khalwat
Anggota penguatkuasa menyoal siasat warga emas bersama pasangan yang dicekup dalam operasi cegah maksiat
AMPANG: Seorang nenek kepada 15 cucu ditahan bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, di sini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Dalam pemeriksaan jam 1 pagi itu, wanita warga Indonesia berusia 63 tahun itu bersama teman lelakinya warga Bangladesh berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai.

“Penguat kuasa agama mengetuk pintu bilik rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, wanita yang mempunyai lima anak itu memberi alasan kononnya dia menumpang membasuh baju di rumah sewa lelaki terbabit kerana rumah cucunya mengalami masalah bekalan air.

“Kami mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Difahamkan mereka saling mengenali sejak tujuh bulan lalu.

“Lelaki yang sudah berkahwin itu merupakan pekerja di sebuah restoran di ibu kota,” katanya.

Dalam operasi berasingan, sepasang kekasih dicekup di sebuah pangsapuri di sini pada jam 1.50 pagi, semalam.

Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia 24 dan 30 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa selepas dipercayai pasangan itu berasmara dalam bilik sewa milik lelaki berkenaan.

“Perempuan itu memberi alasan berjumpa dengan teman lelakinya untuk mengadu berhubung masalah tempat kerjanya.

“Ketika serbuan perempuan itu berpakaian lengkap, manakala pasangannya hanya berseluar pendek,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali./sinarharian

Pemilik Ladang Ternakan Ayam Ditemui Mati

BUKIT MERTAJAM: Seorang pemilik ladang ternakan ayam, ditemui mati dengan lehernya dijerut dan tangannya diikat dalam satu kejadian bunuh di rumahnya di Taman Impian, Alma di sini pada Selasa.

Mayat mangsa Chan Boon Kian, 49, ditemui terbaring di atas lantai bilik utama yang terletak di tingkat atas rumahnya oleh pekerja mangsa yang datang mencarinya di rumah pada pukul 11.40 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supt Baharudin Mustapha berkata siasatan awal mendapati tiada kesan rumah berkenaan dipecah masuk dan barang-barang milik mangsa juga tidak hilang.

"Kita difahamkan ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah dan siasatan lanjut sedang dijalankan sama ada berlaku pergelutan sebelum kejadian memandangkan keadaan bilik mangsa didapati sedikit berselerak.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tangannya terikat dengan beberapa kesan kecederaan. Setakat ini, kita belum tahu motif kejadian dan menunggu laporan patologi," katanya kepada pemberita di sini.

Baharudin berkata polis juga akan mengambil keterangan daripada saksi yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan bagi membantu siasatan.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Sementara itu isteri Chan yang enggan namanya disiarkan mendakwa suaminya ada memberitahu dia diekori seorang lelaki pada malam Rabu dan Khamis lepas.

"Beberapa hari lepas suami ada beritahu dia diekori seorang lelaki bermotosikal hingga ke rumah. Saya bimbang dengan keadaan itu dan memintanya tinggal bersama saya dan anak-anak di rumah baru, tetapi dia tetap mahu tinggal di rumah lama kami," katanya.

Beliau berkata suaminya tinggal di rumah berkenaan seorang diri selepas dia dan anak-anaknya berpindah ke kediaman baru yang terletak di taman yang sama.

"Saya ada nasihat suami agar pulang ke rumah baru kami yang terletak tidak jauh dari situ, namun, beliau enggan atas alasan tiada orang menjaga rumah lama kami yang dihuni sejak 11 tahun lepas," katanya.

Beliau yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata dia tidak tahu bagaimana kejadian bunuh itu boleh berlaku kerana suaminya yang juga Pengerusi Bomba Sukarela Taman Impian tidak pernah mempunyai musuh./Bernama