KUALA LUMPUR: Wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video, yang kini tersebar di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara kerana perbuatannya itu.
Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu, kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama.
Wanita itu kini menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan