IPOH: Remaja 15 tahun yang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh bapanya di Taman Bersatu, Simpang Pulai antara 30 April dan 1 Mei lalu, mengaku tidak bersalah.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama jika disabit kesalahan.
Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed menetapkan 8 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sebelum ini akhbar melaporkan, dalam kejadian 30 April, 11.30 malam hingga 1 Mei, 12.30 malam itu, lelaki berusia 40 itu maut selepas ditikam lebih 10 kali di perut dan dada oleh remaja itu.
Remaja itu kemudian mendakwa mangsa dibunuh penjenayah yang memecah masuk kediamannya.
Suspek dipercayai bergelut dengan bapa kandungnya itu sebelum bertindak menikam menggunakan dua bilah pisau./sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan