Jumaat, 4 Mei 2012

Pasangan kekasih tanam bayi direman empat hari

SUNGAI PETANI: Suspek kes tanam anak sendiri dekat kawasan kilang Taman Ria Jaya, Sungai Petani seperti yang disiarkan akhbar ini semalam ditahan reman bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, suspek ditahan selama empat hari sehingga Jumaat bagi meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan.

Semalam, Sinar Harian melaporkan polis menemui mayat bayi yang baru dilahirkan ditanam seorang pelajar bersama teman lelakinya dekat tepi jalan berhampiran kawasan perindustrian.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui selepas kedua-dua remaja yang ditahan membawa polis ke satu lokasi semak dekat Kawasan Perindustrian Taman Ria Jaya di mana tempat mereka menanam mayat tersebut.

Difahamkan, mayat bayi yang dilahirkan suspek dibawa ke sekolah dan perkara itu diceritakan kepada rakan sekelasnya.

Pada masa sama, bayi itu diserah pada teman lelaki suspek dan kedua-duanya membawa mayat untuk ditanam di satu kawasan semak.

Suspek yang masih bersekolah direman dan teman lelaki yang merupakan seorang peniaga pasar malam turut ditahan sehingga Jumaat ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan